Thursday, 21 December 2017

Bendera-bendera daerah di Malaysia.

Hai semua, terima kasih kerana sudi melawat blog ini untuk membaca hasil idea saya yang tak seberapa ini. Diharapkan agar anda semua memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan yang baharu daripada penulisan kali ini. Orait? Jomm..


MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

Gambar daripada: https://depositphotos.com/30622995/stock-photo-map-of-malaysia-in-malaysian.html

Seperti mana yang kita ketahui, negara kita Malaysia ini terdiri daripada 13 negeri-negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan lain-lain. Setiap daripada negeri ini mempunyai bendera masing-masing yang melambangkan identiti sesebuah negeri.

Bendera Negeri-Negeri di Malaysia, bendera Wilayah Persekutuan tiada di situ hmmm...
Gambar daripada: http://smspostcard-sandusky-register.blogspot.my/2013_12_01_archive.html

Dan setiap daripada negeri ini mempunyai daerah-daerah, jajahan-jajahan, mahupun bahagian-bahagian masing-masing bagi memudahkan sistem pemerintahan kerajaan. 

Attudia banyak betul daerah kat Malaysia ni ekk..
Gambar daripada: https://openclipart.org/detail/220243/malaysia-postcode-map
Tapi mungkin sesetengah daripada anda tidak mengetahui daripada negeri di Malaysia ini tutrut mewujudkan bendera yang tersendiri di daerah-daerah mereka. Menarik kan?

Kali ni saya nak share gambar-gambar bendera daerah yang wujud di Malaysia ini, iaitu di negeri Terengganu dan Kelantan. :)

Bendera-bendera daerah di Terengganu Darul Iman
Untuk mengetahui maksud disebalik bendera-bendera ini boleh lawati: http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=1&aid=872

Bendera-bendera daerah di Kelantan


Berdasarkan seni reka bendera-bendera daerah yang ada, saya cuba mencipta dengan idea tersendiri bendera baru bagi daerah-daerah di negeri Kedah. Apa pendapat korang? Boleh direalisasikan atau tidak?

Cadangan Pertama bendera-bendera daerah Negeri Kedah.


Sekian, Terima Kasih.. :)


Sunday, 16 December 2012

KIAMAT DARI AKAL MANUSIA

Berikut adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah termasuk masanya :

Charles - seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat (AS) kiamat berupa terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.

Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat beru
pa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.

Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik AS. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.

Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari.

Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.

Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."

Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980, dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.

Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.

Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada 17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.

Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.

Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.

Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.

"imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apanila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasan, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.

South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.

Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.

Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.

Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. 








Thursday, 6 December 2012

Penghargaan

                                         بسم الله الرحمن الرحيم



    بسم الله الرحمن الرحيم الحمْد لله ربّ العالمين، والصلاةُ والسلامُ ا على سيّدنا  ونبينا   وحبيبنا ومولانا محمد أشْرف المرسلين، وعلى آله وصحبه الطيّبين الطاهرين، أما بعدُ

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S,W.T. dengan limpah kurnianya dapat menghasilkan satu blog khusus bagi diri saya. Dan adalah diharapkan bagi pengunjung untuk memberikan respon yang baik bagi hasil ini. Ucapan terima kasih dihulurkan bagi kedua ibu bapa saya, Baharudin Bin Jaafar dan Hasanah Binti awang serta keluarga. Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat saya, Izwan Aizil bin Ismail yang memberikan tunjuk ajar serta pihak yang terlibat dalam menghasilkan blog ini.

Sekian Terima Kasih

JELAJAH MASJID DI TERENGGANU

 1. MASJID KAMPUNG KELULUT, MARANG. 2. MASJID